Thursday, December 8, 2011

Subsidi vs IPP


Subsidi vs IPP



Ingat lagi masa MPPK (Majlis Perundingan Pelajar ) bil 2/2011 yang lepas. Salah satu tajuk yang dibentangkan ialah rasionalisasi subsidi. Masa bengkel hari tu, aku present paper aku, yg totally tak setuju bahawa rasionalisasi subsidi hanya relevan dengan kita tarik balik subsidi kepada rakyat. Tapi, kertas kerja yang diterima ialah daripada UTM, yang mana menyatakan persetujuan subsidi perlu ditarik daripada rakyat. Alasan, sebab dah terlalu lama kita semua menerima subsidi dan akhirnya membebankan kerajaan dengan hutang yang melambung.

Gini la, meh aku story sket, kenapa aku tak setuju dengan penarikan subsidi.

Kita ambil dua contoh subsidi yang ditarik, subsidi gula dan subsidi diesel super

Penjimatan daripada subsidi gula (20 sen ditarik) = RM 117 juta
Penjimatan daripada subsidi diesel super (ditarik ) = RM 750 juta

Kira anggaran yang dapat dijimatkan ialah,


WOW, BANYAK SEYH....

Tapi kenapa aku tak setuju? Sebab gini, dalam masa yang sama, keuntungan Malaysia ni, datang gak daripada keuntungan semasa PETRONAS. Terima kasih PETRONAS. Which means

PETRONAS untung BESAR = Income govt BESAR
PETRONAS untung SIKIT = Income govt SIKIT

Dalam tempoh daripada tahun 1997 hingga Mac 2011, PETRONAS terpaksa melepaskan RM 133 bilion keuntungan kerana menjual gas kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) di bawah harga pasaran dunia. Tahun 2010, PETRONAS terpaksa lepaskan RM 10.1 bilion sebab perkara ini.



Aku tak nampak, kenapa masih perlukan IPP. Dulu mungkin ye, sebab TNB tak mampu nak tanggung permintaan yang banyak. Tapi sekarang, 60% tenaga IPP keluarkan, dan 40% TNB. Sedangkan utk operational cost, kos TNB adalah 25% lebih murah daripada IPP. Jadi, kenapa masih perlu peratusan yang besar kepada IPP untuk janakan tenaga? Mungkin ada perjanjian sebelum ni, hopefully, pas abes perjanjian ni, boleh timbangkan semula.

Ginilah, kalau RM 133 bilion yg terpaksa dilepaskan tu, dapat kita jana semula lepas ni, maka RM 0.867 bilion daripada rakyat tu, tak perlu la diambil semula. Saya mohon kepada kerajaan yang saya kasihi sekarang ni. Mungkin bagi yang kaya tak terasa. tapi bagi rakyat yang susah, kasihan la pada mereka.



Kesan domino yang mereka tanggung, amatlah banyak. Bagi kita, Rm 1.00 bukanlah apa-apa. Tapi bagi mereka RM1.00 itu dah besar. Aku mohon sangat, tolong pertimbangkan balik perkara ni.

Sekarang kita tak tau, kat mana sebenarnya ketirisan yang berlaku dalam subsidi. Maka, aku ada cadangkan satu suruhanjaya khas ditubuhkan, kaji punca sebenar ketirisan yang berlaku (root cause analysis). Then, present dalam Parlimen dan secara umum. Suruhanjaya ni mesti daripada ahli-ahli pakar ekonomi, ahli akademik dan yang penting, tiada kaitan dengan mana-mana parti politik supaya ketelusan dalam kajian itu ada. Baru kita tau kat mana sebenarnya duit kita ini terbazir keluar.

Aku tidak pernah menentang kerajaan. Tapi, aku cuma bagi cadangan untuk kebaikan rakyat terutama yang susah. Bukan apa, kebajikan rakyat adalah tanggungjawab utama kita sebagai pemimpin. Mohon didengari semula kertas kerja saya.


No comments: