Friday, December 17, 2010

Back to UTP ...

Alhamdulillah,

Setelah mengharungi perjalanan selama 9 jam dari Paka, selamat sampai ke UTP. Terima kasih kepada pemandu bas ekspress Utama, yang memandu dengan berhemah. Tepat pukul 5.54 pagi, tiba di stesen PETRONAS Taman Maju. Terlajak sikit. Biasa la, letih travel kan... Call Aidil, as usual, he is willingly went there to pick me up. Syukran kathir, akh...

Sesi pertama bersama dengan MPPUTP 2010/2011 dalam merangka struktur dan juga perjalanan hidup MPP untuk sesi akan datang. Tanggungjawab yang diterima bukanlah suatu populariti untuk dibangga, tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijaga. Jatuh bangunnya kebajikan mahasiswa UTP tergantung penuh kepada kepimpinan yang telah dilantik oleh rakyat UTP. Terima kasih diucapkan di atas kepercayaan yang diberikan.

Energy Receive, Energy Return

Kepercayaan dan undi yang diberikan, insyaallah akan cuba utk dijaga sebaiknya. Doakan dan marilah bersama dengan kepimpinan mahasiswa yang baru dalam memantapkan lagi serta memperkukuh lagi suara mahasiswa di kampus yang tercinta. Jika hanya disandarkan pada kami, nescaya tidak mampu untuk kami laksanakan. Dengan adanya sokongan dan kerjasama dari semua masyarakat kampus, insyaallah, kita akan sedaya upaya menggembleng seluruh tenaga dalam memastikan kebajikan dan hak-hak kita sebagai mahasiswa UTP akan terus terjaga.

Apa pun, selamat bercuti kepada semua warga kampus. Luangkan masa sebaiknya dengan keluarga yang tercinta di rumah. Pastikan masa yang diluangkan itu digunakan seefektif mungkin. Ibu dan ayah kita sentiasa merindui dan menunggu keberadaan kita di rumah. Jadilah anak yang soleh yang akan sentiasa menggembirakan hati mereka.

~Hamzah Nawawi~

Thursday, December 16, 2010

Semakan daftar pemilih PRU 13 : Mahasiswa, bersediakah anda?

Salam,

Gendang Pilihanraya Umum ke-13 telah semakin kuat dipalu. Kita boleh melihat kepada pelbagai gimik-gimik politik yang sedang cuba dicanangkan dari kedua-dua belah kumpulan, Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Namun, bukti yg jelas ketara bahawa PRU 13 sudah semakin hampir menjengah ke dalam kamus hidup kita apabila media-media elektronik negara sudah mula memainkan peranan mereka. Lihat dan perhatikan. Analisa segala perkara yang sedang mula ditunjukkan.

Jika media-media elektronik dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dalam melipat gandakan kempen-kempen mereka, Pakatan Rakyat juga tidak melepaskan peluang mereka dalam menguasai media-media alternatif yaang mutakhir ini berjaya menarik minat pengundi muda terutamanya dalam mengikuti perkembangan politik tanah air. Kajian PRU 12 menunjukkan bahawa media-media alternatif seperti blog, laman sosial dan lain-lain, banyak membantu Pakatan Rakyat dalam memenangi hati rakyat terutamanya golongan muda.

Isu yang sedang hangat diperkatakan, Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam, bakal menjadi perkara panas yang akan diperdebat oleh kedua-dua pakatan dan juga barisan. Namun, sejauh mana isu ini mampu menarik minat kita selaku mahasiswa dalam mengikuti senario politik tanah air? Apakah kita hanya mahu menumpukan perhatian khusus utk akademik semata dan tidak mempedulikan langsung keadaan masyarakat sekeliling kita?

Justeru, saya menyeru kepada semua, terutama golongan mahasiswa, bagi kita mencambahkan pemikiran dan cakna kita kepada situasi semasa tanah air, yang bisa menjadikan kita sebagai mahasiswa yang pandai serta bijaksana, dan matang dalam melayari kehidupan. Bukan seperti yang dilabelkan sesetengah pihak, mengatakan bahawa mahasiswa sekarang "mandom" dan tidak berdaya saing.

Ayuh berubah. Anjakkan diri kita ke paradigma yang lebih tinggi.

p/s : Semak daftar pemilih di sini, http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

Monday, December 13, 2010

Hijrah 1432 ; Suatu manifestasi yang perlu dilaksanakan...

Salam 1432,

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang yang luas untuk kita bagi memastikan bahawa diri kita mampu untuk melangkah ke tahun yang baru. Teringat dalam salah satu majlis ilmu yang saya hadiri, Ustaz Ir Haji Khairil Nizam ada menyebut, bahawa setiap kali hari yang baru menyinari hidup ini, ia akan menyeru kepada semua manusia, bahawa hari yang baru telah muncul dan akan menjadi saksi kepada semua amalan yang manusia lakukan. Maka, berwaspadalah dengan segala kerja amal kita selama ini. Moga Allah merahmati kehidupan kita.

Hijrah Nabi Muhammad saw membawa jutaan pengajaran dan hikmah yang sangat berguna kepada kita, andai kita benar2 menelaah dan mengkaji sirah Rasulullah saw. Mungkin suatu perkara yang boleh kita renungkan bersama, mengapa Rasulullah saw perlu berhijrah sedangkan di Mekah terdapat sebuah masjid yang di dalamnya terdapat 1000 kelebihan jika kita beramal berbanding dengan tempat lain.

Apakah hanya semata untuk mengelakkan ancaman atau terdapat pengajaran lain yang Allah cuba tunjukkan kepada kita bersama.


Antara yang mungkin kita terlepas pandang ialah penubuhan negara Islam yang pertama, iaitu Madinah al-Munawwarah. Terdapat mesej penting yang cuba disampaikan oleh Rasulullah saw di sini, iaitu untuk Islam tertegak perlu kepada kekuasaan kerana dengan kekuasaan kita mampu untuk menjalankan gerak kerja amar makruf nahi mungkar.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)


Bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad saw, maka kita perlu berusaha untuk memastikan Islam akan tertegak dengan hebatnya di atas muka bumi ini, bagi memastikan keseimbangan dan keharmonian umat manusia. Mungkin banyak pihak mengatakan bahawa Islam sudah tidak relevan lagi. Ulama' sudah tidak mampu mengendalikan pemerintahan negara dan banyak tohmahan lain tanpa bukti serta asas yang kukuh dan nyata.

Mungkin kita lupa bahawa suatu ketika dahulu, Islam pernah berada di ambang kegemilangan dan keemasannya bila mana pemerintah yang memerintah adalah alim dengan hukum-hukum Islam serta perlembagaan yang digunakan adalah kalam Allah taala, yakni Al-Quran al-karim.

Maka, apa kita tunggu lagi? Ayuh kita lakukan penghijrahan dalam diri kita. Tegakkan Islam yang sebenar-benar Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita. Gemilangkan kembali Islam yang tercinta. Bersama kita lakukan anjakan paradigma.

Laksanakan manifestasi baiah kehidupan kita kepada Allah yang sering kita ucapkan 5 kali sehari. Ayuh, menuju ke puncak kejayaan...

Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri 1431 Hijrah

Salam aidilfitri,

hurm...dah raya ketiga, barulah dapat meringankan tangan utk update blog ni...alhamdulillah, setelah sebulan puasa, Allah memberi ruang utk kita meraikan kemenangan bagi semua umat Islam...

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH AL-HAMDU...

Raya tahun ni, Along n family balik ke Peghok (Perak). ate, ghaye sane pule dema. yang ada tahun ni, angah dan keluarga. seronok sangat rasa bila dapat jumpa dengan anak saudara yang dicintai, Mirza Uzayr...



dan ni pulak gambar family, terkecuali gambar along sekeluarga yang sedang menyambut aidilfitri di Perak...





"Antara fadilat sembahyang tengah malam pada malam Hari Raya AidilFitri ialah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga."
Nabi s.a.w. bersabda :

"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."

Riwayat Atthabarani


jadi, syawal ini, di samping meraikan kemenangan, kita juga harus mengisi kemenangan ini sebaiknya. semoga, sebulan kita berada dalam universiti tarbiyyah yang disediakan Allah ini, akan menjadikan diri kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta yang lebih baik dan taat sehingga bisa mendapatkan redha-Nya....

Tuesday, September 7, 2010

Iklan Hari Raya TV3 : Suatu Kontroversi



salam perjuangan,

mungkin sahabat-sahabat semua dah menonton sendiri klip video ni.banyak respon dari pelbagai pihak yang nampaknya begitu concern dgn agenda di sebalik iklan ni.

antara komen yang diberikan, saya suka dan tertarik dengan komen seorang pimpinan muda PAS, iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi, berkenaan dgn isu ini. apa yang diulasnya ialah kegagalan utk stesyen TV3 memahami konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.

erm, bukan ingin mempertikaikan atau menyebelahi mana-mana pihak, tapi dalam keadaan sekarang, saya terfikir, kemana hilangnya mufti-mufti yang sebelum ini banyak memberikan komen, tentang isu2 politik, masjid, surau, Al-Quran, penggunaan kalimah Allah. sebelum ini, timbul sahaja isu, yang dianggap boleh menjejaskan PERPADUAN MELAYU dan ISLAM, terus disuarakan kebimbangan mereka. namun, apabila perkara seperti ini yang saya kira boleh MENYELEWENGKAN AKIDAH umat Islam timbul, kenapa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.kenyataan yang boleh memperjelas kedudukan sebenar, sejauh mana kesahihan bahawa iklan ini ada mengandungi elemen2 yg salah dan terpesong.bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tapi lebih utk memberi pendidikan supaya tiada golongan yg akan terkeliru dengan perkara ini dan supaya pihak yang tersilap tidak melakukan kesilapan yang sama.

peranan institusi agama islam patut lebih diperkuatkan bagi membanteras isu seperti ini, tanpa dilibatkan oleh pengaruh politik dari mana-mana pihak. sudah tiba masanya....

Sunday, September 5, 2010

PRU-13 : Bersediakah kita?

Salam 1Malaysia,

Ramadhan Kareem...hurm, nampaknya, bahang Pilihanraya Umum ke-13 telah mula menyengat lapisan epidermis kita semua. pelbagai isu yang telah diutarakan oleh kedua-dua barisan dan pakatan politik. tampaknya, pilihanraya kali ini, akan diwarnai dengan persaingan sengit di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Lantas, sebagai warganegara Malaysia yang baik, sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita untuk mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya akan datang? mungkin ramai yang tertanya-tanya, nk pilih yang mana satu ek? jadi, dengan ini mari kita lancarkan kempen, "Jom Kenali Bakal Kepimpinan : Sejarah, Strategi dan Siasah"

Untuk post kali ini, jom kita kenali dulu latar belakang kedua-dua kumpulan yang bertanding.

PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP)yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Pakatan ini telah diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.

Sebelum ini, ketiga-tiga parti ini pernah disatukan pada gelombang "Reformasi" pada tahun 1999 ekoran penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, pada tahun 2004, tampaknya BA, tak mampu untuk terus bergabung dan berpecah. Mengambil pengajaran dari peristiwa ini, Barisan Nasional pernah beranggapan bahawa Pakatan Rakyat akan mendapat nasib malang yang sama seperti Barisan Alternatif.

Namun, PRU-12 telah menunjukkan satu impak yang sangat berbeza dengan anggapan pimpinan BN. Pada bulan April 2010, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai gabungan ini menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.

Antara perkara yang menjadi ikrar oleh Pakatan Rakyat,mereka berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Namun begitu, ada 3 perkara yang nampaknya menjadi halangan utama di awal penubuhan pakatan ini iaitu,

1. Cabaran dari ideologi yang berbeza
2. Polemik negara Islam
3. Mendaftarkan Pakatan Rakyat

Tapi, situasi tampak berubah. Senario yang berlaku, memperlihatkan seolah-olah, 3 isu utama yang timbul di awal penubuhan pakatan ini, sudah menampakkan perkembangan positif daripada ketiga-tiga pihak yang menjadi dominan dalam pakatan ini.

Semoga Pakatan Rakyat akan lebih memahami satu dengan yang lain dalam menghadapi PRU 13 ini.

Baiklah, cukup dulu utk Pakatan Rakyat. kita beralih pada Barisan Nasional pula.

_____________________________________________________________________________________
BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia.

Namun, pada PRU-12 ia telah mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik.

Antara parti-parti politik yang bernaung di bawah BN,

- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
- Persatuan Cina Malaysia (MCA)
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
- Kongres India Se-Malaysia (MIC)
- Parti Progresif Rakyat (PPP)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)
- Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Antara parti yang menjadi dominan dalam BN ialah UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Jika kita lihat pada prestasi Barisan Nasional, kita boleh melihat kehebatan mereka dengan kejayaan mereka yang berjaya mempertahankan kedudukan sebagai barisan yang mendapat kepercayaan rakyat sejak turun-temurun. Antara strategi yang digunakan oleh BN, demi mendapatkan sokongan rakyat, adalah dengan menjaga kebajikan para penyokong dan pengundi mereka. Penguasaan media juga merupakan antara faktor penting yang menjadi tunjang kepada kemenangan BN dalam siri-siri pilihanraya yang pernah kita lalui.

Namun begitu, pasca PRU-12, menyaksikan perubahan secara mendadak yang berlaku dalam senario politik tanah air. Bagaimana kehendak rakyat yang sudah mula beralih arah kepada tunjang kepimpinan yang baru.

Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada kemerosotan penguasaan dalam kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRU 12 :

1. Pak Lah - kelemahan Pak Lah sebagai pemimpin
2. SPR - dgn bongkak menolak permintaan ramai utk menggunakan dakwat kekal serta menyatakan bahawa isu ini cukup kebudakan
3, Internet - penggunaan internet yg semakin meluas di kalangan golongan elit dan golongan muda
4. Tun Mahathir - membuat kenyatan untuk menolak pemimpin BN yang korup dan menyeleweng, ianya mempunyai pengaruh yang amat mendalam terhadap rakyat Malaysia
5. Hishamudin -gambar Hisham menjulung dan mencium keris dalam perhimpunan agung UMNO, ini jelas membuatkan ramai kaum Cina yang marah, dan insiden Abdul Aziz Kadir memberi amaran terhadap kaum Cina serta Khairy Jamaludin yang juga mengeluarkan amaran yang serupa. Kaum Cina dalam parti komponen juga marah tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa kerana UMNO ialah parti kelas satu dalam BN.
6. Kenaikan harga barang dan kesan inflasi
7. Kadar jenayah yang meningkat
8. Manifesto PR - mudah digarap ramai, lebih praktikal tanpa menyentuh isu-isu asas
9. Jemaah menteri dan ahli parlimen yang mempunyai skandal, korup, penyalahgunaan kuasa dan dibenci oleh rakyat
10. Anwar Ibrahim

(ehsan dari http://kerissilau.blogspot.com/2008/03/10-faktor-kekalahan-bn-dalam-pru12.html)


Siri-siri keretakan parti komponen BN juga sudah tidak mampu dibendung apabila kebanyakan dari perbalahan sesama ahli mendapat liputan meluas oleh media maya yang menjadi alternatif pada masyarakat sekarang. Diharap, pimpinan BN akan terus melakukan yang terbaik demi mengelakkan dari keretakan ini menjadi pecahan yang lebih dahsyat.

Moga dikurniakan apa-apa yang terbaik utk rakyat dalam PRU 13 yang akan datang.

_____________________________________________________________________________________

Namun begitu, senario sekarang tidak menampakkan kesan yang cenderung kepada kedua-dua pihak. Dengan isu kemelayuan yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, serta beberapa isu lain yang cuba dimainkan di peringkat nasional oleh kedua-dua pihak, nampaknya demam Pilihanraya Umum ke-13 sudah mula melanda.

Jadi, sebagai warganegara yang prihatin, jom kita daftar undi (bagi yang dah masuk 21 je). jadilah warganegara yang bijak.

insyaallah, jika diizinkan Allah, dan dengan kesempatan masa yang diberikan, kita akan sambung lagi diskusi kita.

wallahualam.

(sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional || http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Rakyat)

Saturday, September 4, 2010

Pandai Tapi Tidak Cerdik.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


salamunalaikum,

Ramadhan Kareem semua. Semoga dengan kehadiran ramadhan ini, akan menjadi satu titik permulaan kepada kita untuk melakukan satu anjakan paradigma bagi kita meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia, khususnya sebagai hamba kepada Sang Pencipta, Yang Maha Agung.

Belum pun habis ramadhan, tak masuk pun fasa ketiga bulan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan berita penangkapan pasangan yang sedang enak bermadu asmara ketika umat Islam yang lain, sibuk mendekatkan diri kepada Cinta Yang Agung. Lebih menyedihkan, yang tertangkap itu adalah pasangan yang terdiri daripada mahasiswa dan pelajar sekolah, yang merupakan tunjang kepimpinan dan masa depan negara yang tercinta.

Teringat, satu kata-kata hikmah dari seorang pimpinan agung dunia, Saiyidina Ali karamallahu wajhah,

"Jika kamu mahu melihat masa depan sesuatu negara, maka lihatlah pada generasi mudanya."

Persoalan di sini, jika inilah gambaran yang diberikan oleh golongan elit, harapan negara, dengan status sebagai 'Mahasiswa', apakah pantas untuk kita mengimpikan negara yang lebih hebat dari sekarang? Tercapaikah Wawasan 2020, yang pernah dilaungkan suatu ketika dahulu?

Mungkinkah suatu hari nanti, kedaulatan agama serta negara akan terancam dek perangai dan tindakan bodoh dari golongan-golongan elit seperti ini? Bagaimanakah integriti kepimpinan negara pada waktu itu, di saat golongan-golongan muda ini, yang menerajui kepimpinannya? Apakah jis dan intipati Islam akan terus diketepikan hingga datangnya azab Allah seperti yang pernah menimpa umat-umat terdahulu?


Sama-sama kita renungkan....

Sunday, August 8, 2010

NaPE aKU sIBuK nk TeGUr KaU...

salam ukhuwah, ikhwan dan akhawat semua...

baru2 ni, ak didatangi dgn ujian provokasi oleh seorang teman yg baik...dan
persoalannya, kenapa aku sibuk2 nk jaga tepi kain dia dan kekasih hatinya...sahabatku, saudara seagamaku, aku xpernah pinta kamu memutuskan
hubungan kamu...aku cuma suruh kamu cari alternatif...
benar, cinta itu fitrah manusia, yg lahir semula jadi dalam hati setiap
manusia...bagaimana sunyinya Adam alaihissalam, tika moyang kita ni diciptakan...lihat pula dia kepada burung yg berpasangan, dan terdetik dalam hatinya yg menyatakan kesunyian baginda...lalu, ALLAH sebagai jurutera yg mencipta kita sebgai manusia,sudah tahu sejak awal lagi, apa yg kita sbg makhluk ciptaan-Nya inginkan...dan dengan kehebtan ALLAH, dgn mudah ALLAH menciptakan Hawa dari tulang rusuk kiri baginda...

perasaan ingin menyayangi dan ingin disayangi itu, memang senantiasa akan hadir dalam diri setiap manusia yg normal...tapi, bukan dgn care berkapel, yg boleh kita
zahirkan kecintaan kita...salurkan rase cinta itu ke tempat yg sepatutnya...usahlah
risau, jangan dicemburui melihat teman2 kita berpacaran...yakinlah, ALLAH dah berfirman dalam surah an-nuur, ayat 26,

”Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).”

nah, ape lagi yg kita inginkan...ya akh, bukan ingin melukakn hatimu, tapi kerana
sayanglah aku lakukan perkara ini...usah kau ingt, yg aku ni terlalu mencemburuimu...tidak sahabatku...sama sekali tidak...aku yakin dan percaya, jalan
yang ALLAH hamparkn padaku ni, akan menemukan aku pada perkara yang lebih baik dari semua ni...dan pada persoalan, " kenapa kau sibuk2 nk jaga tepi kain aku???jangan kacau hidup ak...jangan memandang jijik pada aku...dont ever judge a book by its cover..."

sini aku menjawabnya...kenapa mesti aku yg sibuk2 jaga tepi kain org lain??

1. supaya aku terlepas dari pertanyaan ALLAH di akhirat kelak
2. sbb ak xnk saudara2 seagamaku terus hanyut dan leka.
3. sbb aku pernah melalui saat2 yang hitam ni tanpa ada org menasihati aku, dan aku hampir tidak dapat keluar dari lubang hitam itu...
4. sebab walau kamu tu hnyalah kenalan biasa sahaja, namun aku anggap kamu sbg sahabat aku jua...dan tanggungjawab sbg seorang sahabt utk menasihatkan sahabtnya, sbg tanda cinta terhadap sahabat...

"jangan memandang jijik pada aku...dont ever judge a book by its cover"..

i never hve diz thought towards u...come on bro, never assume others have d same way of thinking like u...never let ur emotion control everythng..thnk before u wanna say sumthng...kaman r...be matured in analyzing every single thng in diz world...selalunya, org yg kerap menyokong kita, itu kita anggap sbg kawan baik kita...yg menegur kita, kita jadikan musuh... xpe r... it is all up to you now, either u wanna listen to me or not...

ape pun, once a friend, forever a friend...wallahualam...

barakallufikum...

Monday, May 31, 2010

Misi ke Gaza...satu perjuangan...

salam 1 akidah dan 1 dunia...

misi ke gaza, diserang oleh israel....erm, laknatullah zionis itu telah secara terangan melakukan keganasan kepada rombongan yg ingin bawa bantuan kemanusiaan bukan KETENTERAAN...mengapa mereka diserang...terang2 mereka ni memang kejam..

namun, di sebalik kekejaman itu, kena kerajaan Malaysia masih lagi tidak menarik kembali hubungan dengan APCO Worldwide???kenapa kita masih lagi ingin menjalinkan hubungan dengan pihak yg terang-terangan adalah kejam???

sehubungan itu, kita sebagai rakyat malaysia, perlu bersatu hati...doakan keselamatan sahabat2 kita yg dlm perjuangan mereka di sana..keduanya, kita perlu mendesak utk perjanjian dgn APCO itu dibatalkan...ketiga, KES JUDI HALAL, JANGAN KITA LUPAKAN..MUNGKIN DISEBABKAN MAKSIAT YG KITA LAKUKAN MENYUKARKAN PERJUANGAN SAHABAT2 KITA DI SANA...RENUNG2KAN....



http://palestinkini.info/ - sila lawati laman ini...

Wednesday, May 26, 2010

Cukup utK AkU MenYAnGGaHnYa....Tentang BOLA....

Sebak bila org kata, bola yg aku bawa ni tak bulat...sedih bila org kate, bola ni hanya aku gunakan utk dapatkan perhatian sahaja, yela, world cup dh nk mulakan...hancur luluh hati ni, bila org yg tak pernah pegang bola yg aku pegang ni, kata macam2...seolah2, sedikit kecacatan yg ada pada bola ni, menutupi kebaikannya yg lain...

nape org nmpk bola ni je yg salah??? pastu, terus tuduh macam2..xcukup sifat, tapi sape yg pernah ambik tau nk baikinya???atau terus lepaskan bola ni, walaupun masih boleh diperbaiki...akhirnya, beli bola lain...memang r, nmpk cantik dan mantap...tapi, bola lama ni masih boleh digunakan...nape tak terus gunakan, bukankah membazir itu amalan syaitan???

satu lagi, bola ni dimainkan oleh org yg berlatar belakangkan pelbagai...tak dipilih2...hnya sebaik malaikat sahaja yg boleh bermain dengannya..sama sekali tidak...marilah, kita bersama2 menggerakkan bola ni...xsalah...kita sama2, membawa bola ni, dalam 90 minit masa permainan, sebelum tiba masanya utk kta serahkan bola ni pada generasi seterusnya...

ni satu lagi penyakit, dh le cmpakkan bola tu jauh2...pastu, kutuk plak bola tu...then, buat kelab satu lagi, bukan nk perjuangkan permainan bola tu, tapi nk kutuk bola tua tadi tu...x ke sengal...dah tu, bila org tu cite kat adik2 die yg xpernah pun sentuh bola tu, depa ni pun wat andaian sendiri...padahal, usik pun tak pernah..tengok pun tak pernah...tau pun, wallahualam...setakat ape yg disampaikan sahaja...tak tau ke dia, yg golekan bola inilah bnyk perjuangkan isu2 bola sepak se-Malaysia....hisy..patu, bajet hebat..kutuk2 jurulatih2 yg pernah gunakan bola ni...ape kes...hidup baru setaun jagung, dh nk kutuk2...ilmu xsebanyak jurulatih2 ni, dah nk kagum dgn diri sendiri...hisy2...bola2....

tak lama lagi, piala dunia...xsanggup ak nk tgk fenomena skrg..ade ke patut, judi dihalalkan...hesy...sakit mata bola ni memandang..

insyaallah, dgn bantuan semua org, kita perbaiki bola ini sama2...kita hiaskan dengan ukiran2 indah KALAMULLAH...semoga ia akan terus bergerak di atas padang stadium perjuangan yg pelbagai...dan mencapai apa yg kita idamkan bersama...MARDHATILLAH...



Friday, January 29, 2010

Blog Bersawang, APe kejAdaHNya meMpuNYai BloG???

salam 2010 kawan2 semua...hahah...baru nk update semula blog aku ni...hahhaa...diz would be d first n d last post for diz sem??? ( dak2 chemi, ingat lagi tak ayat yang ala2 serupa dgn yg ni? )...

sekadar nk cerita pengalamn mase first class ari tu, kelas Process Plant Design, singkatannya, PPD....boleh lak aku n budak2 ni gelak secara tetiba... selepas tu dengan muka relaxnya, lecturer kitorang yang macho (gambar seperti di bawah )


Doktor Mohanad El-Harbawi

berkata pada aku, " You are getting fatter .." abis terburai gelak Cpot sedut, Apih Micro n paling siyot Mayat hidup....aduii....kenapa aku jadi mangsa, sedangkan Syahwal, ABu Jai dan Niejey masih lagi berada di situ???hehehe..lesson of the day, jangan gelak masa kelas doktor mohanad...tapi die ni baik orangnya,sekadar suka bergurau je dgn anak2 murid..hehehe...

kayla, nk g men bola...nk pastikan by the end of diz sem, doktor mohanad akan cakap, "You are getting thinner.." amin....