Tuesday, February 7, 2012

Alhamdulillah, dapat placement...


Alhamdulillah, baru dimaklumkan tadi. Insyaallah, akan report duty 1 Mac ni...Alhamdulillah, kerja gak dengan PETRONAS...

Percaya dengan janji Allah. Muhammad, ayat 7. Ingat adik2 di kampus, bawalah risalah dakwah Islam sebaiknya. Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan kita...

Friday, February 3, 2012

Lembu oh Rasuah




VS

Haisy, tak habis lagi rupanya isu ni. NFC (National Feedlot Company). Mula-mula isu lembu ni timbul, masa tu ada seorang sahaja "main actor" kes ini, iaitu pengerusinya sendiri, DrMohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat). Tiba-tiba sekarang, muncul pula watak baru. Seorang ahli perniagaan, Shamsubahrin Ismail. Beliau mendakwa diarah meRASUAH polis oleh PENGERUSI NFC sendiri???


Beliau mendakwa dirinya dipaksa meRASUAH polis oleh suami Ketua Wanita UMNO. Semuanya untuk menutup skandal ini. Ini tak boleh jadi. Tindakan yang tegas perlu diambil. Tak kira siapa pun yang terlibat. Satu SURUHANJAYA siasatan khas perlu diwujudkan bagi menyiasat kes ini dengan terperinci.

Suruhanjaya Diraja Siasatan NFC

Kenapa? Sebab ini melibatkan duit rakyat. Yang kedua, negara kita ini, dah memang terkenal dengan indeks rasuah yang teruk. Dalam "The 2011 Bribe Payers Index".

"The 2011 Bribe Payers Index ranks 28 of the world’s largest economies according to the perceived likelihood of companies from these countries to pay bribes abroad. It is based on the views of business executives as captured by Transparency International’s 2011 Bribe Payers Survey."

Malaysia di tangga ke-15.

Apa??? Malaysia tersenarai???

Hurm, ini tak boleh dibiarkan. Suruhanjaya diraja untuk menyiasat isu NFC ini perlu diwujudkan. Ayuh, kami anak muda menggesa, supaya hak kami tidak diper"lembu"kan sesuka hati. NFC adalah hak rakyat. Siasatlah sebaik mungkin. Jangan menunggu siasatan di mahkamah Allah dilakukan nanti, baru nak menyesal.