Thursday, December 8, 2011

Andainya kamu tahu, apabila aku jatuh cinta kepadamu...Hanya kerana Allah...


Jika seseorang jatuh cinta kerana Allah, akan jelas keegoan terpancar di wajahnya dalam melafazkan kata cinta. Akan jelas ketidak caknaan dia kepada pasangannya dalam menunjukkan kebimbangannya kepada si dia.


Tidak akan sesekali dia memujuk hati si dia untuk terus bersamanya. Tidak terkeluar kata-katanya untuk mengajak si dia keluar bersamanya. kelihatan seperti tidak romantis. Hahaha. Persetankan segala itu.





Yang hanya akan diberikan, kata nasihat. Bukan kata pujukan. Yang akan keluar, hanya peringatan untuk mencintai Allah, rasul, ibu dan ayahnya. Jangan kamu sesekali melafazkan kata sayang kepada aku. Aku benci kata-katamu itu.




Jangan kamu sesekali mengalirkan air mata untukku, kerana hanya membazir semata-mata. Tak membawa ke mana-mana pun. Buek ngabih beras je. Kalau kamu mengharap aku akan tunggu kamu di depan rumahmu, dan membawa bunga atau hadiah, maaflah. Tak dapek den nak menolongnya. Jangan harap. Kejamkan aku.


Biarlah aku tidak menemuimu. Biarlah orang kata aku ni pelik, kamu juga pelik. Orang kalau bercinta asyik berjumpa, berpegangan tangan, asyik ber'SMS', asyik ber'chatting'. Tapi, mungkin kamu rasa aku ni pelik. Jangankan nak jumpa, nak SMS pun susah. Bila terlalu diasak untuk melakukan sesuatu yang normal dilakukan oleh pasangan lain, aku akan tetap menolak.


Bila ditanya, adakah perasaan sayang di hati ini untukmu, jawapan aku, "Cintaku hanyalah untuk Allah dan rasul, serta ibu dan ayahku". jawapanku bersahaja, dan tidak ada tertera rasa bersalah yang terpancar di wajahku walaupun jawapanku itu jelas-jelas mengecewakanmu.

Hahaha.




___________________________________________________________________________________________________


Mai sini, aku jelaskan kenapa.


Pertama, selagi kamu belum halal untukku, aku tidak akan menyintai kamu, sebab kamu bukan yang halal untukku. Aku tidak mahu, percintaan yang cuba diwujudkan syaitan ini sekadar satu percintaan nafsu, yang jelas-jelas tidak akan kekal lama.




Kedua, kenapa aku tidak romantis seperti lelaki yang lain? jawapanku mudah, kamu bukan yang halal untukku. andai terpegang khinzir, masih boleh disucikan dengan air tanah dan air bersih. tapi, jika aku keluar denganmu dan aku memegang tanganmu, membelai dan mengusap wajahmu, yang jelas-jelas bukan yang halal untukku, nescaya api neraka Allah yang perlu kita hadapi untuk kita sucikan kembali perbuatan kita ini.


Selain itu, asyik-asyik hanya peringatan yang akan aku berikan. Susahnya untuk aku berikan lafaz kata cinta kepadamu.Bahkan aku katakan aku benci dengan lafaz cinta yang sering kau berikan kepadaku. Ini kerana aku ingin kamu tau, ciri utama untuk seseorang itu menjadi pasanganku adalah agamanya. Maka, menjadi tanggungjawab aku untuk membimbingmu walaupun dalam keadaan kita sebagai kawan biasa. Aku takut, jika aku layan perasaanmu itu, aku hanya akan bertindak menjadi seorang muslimin yang akan hanya merosakkan maruah seorang muslimat. Nauzubillah.





Dan kenapa aku tak bagi air matamu mengalir untukku? Sebab, lebih baik kamu alirkan air matamu kerana takutkan Allah, insyaallah. Di akhirat nanti, Allah akan selamatkan kamu kerana rasa takutmu kepada Yang Maha Penyayang. Jika kamu alirkan untukku, aku sendiri tidak pasti di mana kedudukanku di akhirat nanti. Aku takut, bukan setakat aku tidak bisa menyelamatkanmu di akhirat nanti, bahkan aku akan mengheretmu ke dalam neraka Allah.





Dan yang terakhir, kenapa aku seperti tidak ada perasaan kepada kamu? jawapanku, tunggu sehingga kamu halal untukku. Baru kamu akan tahu apakah yang berada dalam isi hatiku.


kerana


AKU HANYA MENYINTAI YANG HALAL UNTUKKU.




Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


Surah Rum, ayat 21


2 comments:

Zinedine Zaiddin said...

Well said, amigo. Well said. Suka part "aku tidak berasa apa2 biarpun jelas jawapanku mengecewakan dirimu"

Cuma part maradona dgn mr.potato fc..apa kaitan? hahaha

farah fadieyla said...

OMG. ayat2 kamu memang menusuk kalbu. sungguh selama Ara mengenali seorang lelaki, belum pernah dia melafazkan kata2 sebegini. selalunya mereka melafazkan kata2 cinta yg membuai perasaan. wah, untungnya kalau Ara memiliki lelaki yg sebegini. menjaga wanita yg disayanginya kerana Allah.

*nak share boleh x?