Tuesday, January 27, 2009

ceriTa TuaN dan HamBa...

Seorang yang amat-amat kaya, telah menghantar hamba-hambanya pergi belayar. Hamba-hamba itu dibekalkan tdgn modal yang mencukupi dan juga dibekalkan dengan peta dan kompas...Orang yang kaya itu mengatakan bahawa barang sesiapa yang bisa membawa pulang keuntungan akan diberikan ganjaran yang lebih hebat dari apa yang mereka ada pada hari ini.Dan bagi sesiapa yang tersesat dan tidak mampu membawa sebarang keuntungan akan diberikan hukuman yang berat...Selain itu, tuan itu juga berpesan supaya tidak hilang fokus walau apa pun yang mereka temui...

Maka, berlepaslah semua hamba itu dengan menaiki kapal masing-masing...sedang dalam perjalanan itu, banyak rintangan yang menimpa..tibalah mereka ke sebuah pulau...subhanallah, indah sungguh pulau itu.di dalamnya, terdapat bnyk perkara2 yang mereka tak pernah temui sebelum ni...adanya parti dan hiburan, lelaki n perempuan yang cantik2. maka, ramailah hamba-hamba tadi yang terlupa tentang amanah yang diberikan pada mereka oleh tuan mereka itu...modal yang diberikan digunakan utk diri sendiri...peta dan kompas ditinggalkan kerana menyangkakan bhw mereka akan kekal di situ...

Tanpa mereka sedari,tuan mereka tadi, telah pun menetapkan masa utk hamba-hamba itu td pulang...apabila tiba masa, tuan itu menyuruh orang suruhannya pergi mencari hamba itu dan membawanya pulang bagi melihat keuntungan yang berjaya dibawanya...sedang asyik dan leka dalam pulau yang indah itu, datanglah org2 suruhan itu tadi utk membawa hamba itu pulang kembali ke tempat asalnya....ramai yang terkedu, terkejut dan menyesal kerana tak sempat menggunakan masa yang ada utk berniaga..namun, masih ada yang tak sabar2 utk pulang kerana berjaya menempuhi dugaan itu dan menjalankan perniagaan itu dgn baik....maka pulanglah hamba-hamba ini, dlm keadaan yg rela dan ramai juga yang dibawa balik dgn kekerasan....

Mereka diletakkan di suatu tempat menunggu...sementara menunggu semua orang dijemput pulang...tiba-tiba, mereka mendapat berita bahawa pulau yang indah itu tadi, telah pun musnah dgn dahsyat sekali dan hancur sampai takde pape yang tinggal pun....

kini, tibalah masanya mereka bertemu dgn tuan mereka.segala keuntungan atau kerugian telah dikira dengan baik...bagi mereka yang mendapat keuntungan, mereka diberi kebebasan dan ganjaran yang tak terucap dgn kate2...dan bagi yang leka tadi, mereka terus dimasukkan dalam penjara dan dihukum dgn seberat-beratnya....buat selama-lamanya....

Ikhwan dan akhawat semua, cuba kita kaitkan cerita ini dgn kehidupan kita...saudagar yang amat kaya itu adalah Allau, Tuhan sekelian alam...hamba-hamba itu adalah kita, manusia....modal yang diberikan itu ialah akal fikiran kita...peta dan kompas itu pula ialah al-quran dan as-sunnah....yang jika berpegang pada keduanya dengan teguh, takkan kita sesat....pulau yang indah itu pula ialah dunia ini..orang suruhan itu ialah malaikat maut...jangka masa yang diberikan itu ialah hayat kita...keuntungan itu ialah pahala dan kerugian itu pula ialah dosa kita....

renungkan sedalam-dalamnya....dunia ini hanya sementara...ingatlah, sampai satu saat kita akan mati...jangan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang menyesal....biarlah kita menangis di dunia ini, jgn kita menangis di akhirat nnt..tak berguna langsung......sedarlah....menangislah dan bertaubatlah dengan segala dosa n maksiat yg pernah kita lakukan.....

Thursday, January 22, 2009

Alhamdulillah...aku dah luahkan semuanya...

Dalam hidup ni, Allah dah berikan kita dua pilihan sahaja untuk kita pilih...ketaqwaan atau kefasiqan....kebaikan atau kemungkaran.....amal ibadat atau maksiat....kepada teman yang disayangi, saya tau...mungkin penjelasan saya malam ni tadi, mungkin membuatkan kamu berasa kurang senang dengannya....tapi, saya rasa, kamu boleh terima dengan baik....sebabnya, dapat saya dengari tangisan suaramu...walau kamu cuba untuk sembunyikannya dari pengetahuan saya...dan cukuplah, bila kamu katakan kamu faham...bahawa kamu perlu berubah bukan kerana individu tetapi hnyalah semata-mata kerana Allahu taala...

tulus ikhlas dari hati saya, insyaallah, saya akan cuba yang terbaik untuk membimbing kamu....tentang perkara lain tu, kita tolak jauh2..sekarang yang penting ialah kita berdoa banyak2 pada Allah, yang kita akan sentiasa dalam lembayung rahmat Allah...

kita seringkali mengharapkan yang terbaik dari Allah...tapi, sedarkah kita yang kita x selalu melakukan yang terbaik untuk dipersembahkan pada Allah....kita sebagai hamba, perlu tunjukkan ibadah kita terhadap Allah, adalah yang terbaik yang mampu kita lakukan...dan yang paling penting, ikhlaskan niat lillahitaala....

apa yang lepas tu, biarlah lepas..semua tu dah jadi sejarah...yang saya kenal pada hari ini, bukan kamu yang dulu...yang saya kenal hari ni, adalah orang yang dahagakan perubahan kepada yang lebih baik....makna kata, siapa pun awak sebelum ni, bukanlah jadi tugas saya untuk tinggalkan di mana-mana sahaja....menjadi tugas saya untuk membimbing kamu....

berjanjilah pada diri kamu....berjanji jika kamu berubah, tak kira apa jadi, kamu akan terus memperbaiki diri dan meningkatkan amal ibadat kamu....saya nampak potensi awak untuk berubah sangat tinggi.jangan sia-siakan potensi tersebut.moga akan lebih dirahmati Allah.,....lakukan perubahan ni secara istiqamah...jangan terlalu isti'jal (terburu-buru)..

istiqamah dalam perjuangan...



_____________________________
(HAMZAH BIN NAWAWI)
Vice President 1 RCSU,
UTP 2ND YR 1ST SEMESTER,
CHEMICAL ENGINEERING,
UTP.

Monday, January 19, 2009

MengaPA Ini Yang TErjAdI???

Semalam, saya mengadakan perjumpaan dgn freshies group saya masa Minggu Aluan Siswa (MAS) ari tu...sepatutnya kul 6.30 ptg, semua kena berkumpul di kafe USM..ifthar bersama....sebelum itu, saya ada mesyuarat dan dlm keadaan terpaksa, saya menghabiskan mesyuarat itu sebelum pukul 6.25...kemudian, terus rush pergi ke tempat yang dijanjikan....

Sampai kat sana, saya terpaksa tunggu lebih kurang 20 minit sebelum adik2 saya ni sampai....tu pun adalah dua orang yang datang....yang selebihnya lambat sket sebab kedudukan asrama yang jauh...tengah2 berborak, tiba2, saya bersuara...perlahan je..."Mungkin diorang ni tak suke kot wat perjumpaan ni,"....dan ade lak yang cakap, "Kitorang dtg ni pun bukan sebab kitorang suke,".....

xpela....alhamdulillah, adik2 lelaki saya sampai....gembira sket hati saya....jumpa zulhilmi, zhafran, zulkhairi, ehsan, azrul dan farhan....saya just mintak bungkus je makanan tu....bila dah masuk waktu maghrib, saya temankan mereka makan sebentar....saya tak lalu nk makan sebab terfikirkan mengapa semua ni jadi macam ni....saya hanya berbuka dgn minum air shj....dan saya terus pegi solat di masjid....

lepas solat tu, saya berfikir sejenak....mengapa semua ni berlaku????? dan saya hanya husnuzhon pada adik2 saya tu....saya menganggapkan semua ni atas kesalahan saya...mungkin ada yang tak betul pada niat saya....mungkin ni salah satu dari teguran Allah pada saya....

pada adik2 kumpulan C2 yang abg sayang semuanya, moga Allah menyayangi adik2 semua lebih dari sesiapa pun sayang pada adik....dan jangan lupa, sayangilah Allah seperti mana kita mahu diri kita disayangi oleh Allah....setiap dari kita ada melakukan silap...yang penting, bertaubat.....ingatlah, saat kematian sudah hampir tiba....jangan kita tergolong dlm golongan yang menyesal sudah la....n, jangan lupa...stay ngan smart group Rakan Masjid UTP....

jaga diri baik2....ingatlah, diri kita ni hanyalah pinjaman dari Allah...andai kata kita tak gunakan sebaiknya utk beribadah, bahkan kita gunakan utk perbuatan yang keji pulak...ingatlah, bila tiba hari yang dijanjikan Allah utk kita tiba, jangan menyesal pada waktu tu...andai kita mahu menyesal, menyesal dari sekarang.....

ikhlas dari ikhwan kalian,

akh hamzah bin nawawi....

Sunday, January 18, 2009

nasihat untukmu....

dah lama saya tak menulis n update blog ni...ari ni, saya sambung balik...sebenarnya, saya sedang dalam keadaan yang tak tentu arah ni....bukan ape, kadang-kadang saya menjadi serabut...bila memikirkan keadaan umat masa ni....bukan ape, ramai orang yang lagaknya melakukan maksiat sepertinya dia akan hidup selama-lamanya....astaghfirullah....

ikhwan dan akhawat semua, bertaubatlah...jangan sampai, suatu hari nanti....ketika kita sedang asyik dibuai mimpi dunia yang indah, datanglah malaikat Izrail, utusan Allah utk mengambil kembali roh kita, baru kita nk sedar...masa tu, dah tak berguna langsung...tggu sahajalah, balasan yang akan menimpa kita....

di hari kiamat kelak, akan ade ramai orang yang sanggup terjun ke neraka dengan sendirinya..kenapa????kenapa nk terjun ke tempat yang dahsyat sedemikian???? jawapannya, ade dalam buku 'Bertemu Janji Allah', hasil karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat....manusia tak sanggup didedahkan perkara maksiat yang dilakukannya kelak...dari mereka menanggung malu, baik mereka terjun sendiri ke dalam neraka....andai kita hendak malu, sepatutnya, malu dari sekrang lagi....malu dengan Allah...malu dengan maksiat yang kita lakukan....

demi mendapatkan martabat yang tinggi di sisi Allah, marilah kita bersama2 utk meningkatkan amalan kita...tinggalkanlah yang maksiat...kembalilah ke pangkal jalan...

Adi bin Hatim R.A meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah saw.Katanya, baginda bersabda yang bermaksud,

"Tidak ada seorang pun antara manusia di akhirat kelak kecuali dia akan berhadapan dengan Allah swt.Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada pegawai protokol)."

H.R Muslim