Friday, December 17, 2010

Back to UTP ...

Alhamdulillah,

Setelah mengharungi perjalanan selama 9 jam dari Paka, selamat sampai ke UTP. Terima kasih kepada pemandu bas ekspress Utama, yang memandu dengan berhemah. Tepat pukul 5.54 pagi, tiba di stesen PETRONAS Taman Maju. Terlajak sikit. Biasa la, letih travel kan... Call Aidil, as usual, he is willingly went there to pick me up. Syukran kathir, akh...

Sesi pertama bersama dengan MPPUTP 2010/2011 dalam merangka struktur dan juga perjalanan hidup MPP untuk sesi akan datang. Tanggungjawab yang diterima bukanlah suatu populariti untuk dibangga, tetapi lebih kepada amanah yang perlu dijaga. Jatuh bangunnya kebajikan mahasiswa UTP tergantung penuh kepada kepimpinan yang telah dilantik oleh rakyat UTP. Terima kasih diucapkan di atas kepercayaan yang diberikan.

Energy Receive, Energy Return

Kepercayaan dan undi yang diberikan, insyaallah akan cuba utk dijaga sebaiknya. Doakan dan marilah bersama dengan kepimpinan mahasiswa yang baru dalam memantapkan lagi serta memperkukuh lagi suara mahasiswa di kampus yang tercinta. Jika hanya disandarkan pada kami, nescaya tidak mampu untuk kami laksanakan. Dengan adanya sokongan dan kerjasama dari semua masyarakat kampus, insyaallah, kita akan sedaya upaya menggembleng seluruh tenaga dalam memastikan kebajikan dan hak-hak kita sebagai mahasiswa UTP akan terus terjaga.

Apa pun, selamat bercuti kepada semua warga kampus. Luangkan masa sebaiknya dengan keluarga yang tercinta di rumah. Pastikan masa yang diluangkan itu digunakan seefektif mungkin. Ibu dan ayah kita sentiasa merindui dan menunggu keberadaan kita di rumah. Jadilah anak yang soleh yang akan sentiasa menggembirakan hati mereka.

~Hamzah Nawawi~

Thursday, December 16, 2010

Semakan daftar pemilih PRU 13 : Mahasiswa, bersediakah anda?

Salam,

Gendang Pilihanraya Umum ke-13 telah semakin kuat dipalu. Kita boleh melihat kepada pelbagai gimik-gimik politik yang sedang cuba dicanangkan dari kedua-dua belah kumpulan, Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Namun, bukti yg jelas ketara bahawa PRU 13 sudah semakin hampir menjengah ke dalam kamus hidup kita apabila media-media elektronik negara sudah mula memainkan peranan mereka. Lihat dan perhatikan. Analisa segala perkara yang sedang mula ditunjukkan.

Jika media-media elektronik dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dalam melipat gandakan kempen-kempen mereka, Pakatan Rakyat juga tidak melepaskan peluang mereka dalam menguasai media-media alternatif yaang mutakhir ini berjaya menarik minat pengundi muda terutamanya dalam mengikuti perkembangan politik tanah air. Kajian PRU 12 menunjukkan bahawa media-media alternatif seperti blog, laman sosial dan lain-lain, banyak membantu Pakatan Rakyat dalam memenangi hati rakyat terutamanya golongan muda.

Isu yang sedang hangat diperkatakan, Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam, bakal menjadi perkara panas yang akan diperdebat oleh kedua-dua pakatan dan juga barisan. Namun, sejauh mana isu ini mampu menarik minat kita selaku mahasiswa dalam mengikuti senario politik tanah air? Apakah kita hanya mahu menumpukan perhatian khusus utk akademik semata dan tidak mempedulikan langsung keadaan masyarakat sekeliling kita?

Justeru, saya menyeru kepada semua, terutama golongan mahasiswa, bagi kita mencambahkan pemikiran dan cakna kita kepada situasi semasa tanah air, yang bisa menjadikan kita sebagai mahasiswa yang pandai serta bijaksana, dan matang dalam melayari kehidupan. Bukan seperti yang dilabelkan sesetengah pihak, mengatakan bahawa mahasiswa sekarang "mandom" dan tidak berdaya saing.

Ayuh berubah. Anjakkan diri kita ke paradigma yang lebih tinggi.

p/s : Semak daftar pemilih di sini, http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

Monday, December 13, 2010

Hijrah 1432 ; Suatu manifestasi yang perlu dilaksanakan...

Salam 1432,

Alhamdulillah, Allah masih memberi ruang yang luas untuk kita bagi memastikan bahawa diri kita mampu untuk melangkah ke tahun yang baru. Teringat dalam salah satu majlis ilmu yang saya hadiri, Ustaz Ir Haji Khairil Nizam ada menyebut, bahawa setiap kali hari yang baru menyinari hidup ini, ia akan menyeru kepada semua manusia, bahawa hari yang baru telah muncul dan akan menjadi saksi kepada semua amalan yang manusia lakukan. Maka, berwaspadalah dengan segala kerja amal kita selama ini. Moga Allah merahmati kehidupan kita.

Hijrah Nabi Muhammad saw membawa jutaan pengajaran dan hikmah yang sangat berguna kepada kita, andai kita benar2 menelaah dan mengkaji sirah Rasulullah saw. Mungkin suatu perkara yang boleh kita renungkan bersama, mengapa Rasulullah saw perlu berhijrah sedangkan di Mekah terdapat sebuah masjid yang di dalamnya terdapat 1000 kelebihan jika kita beramal berbanding dengan tempat lain.

Apakah hanya semata untuk mengelakkan ancaman atau terdapat pengajaran lain yang Allah cuba tunjukkan kepada kita bersama.


Antara yang mungkin kita terlepas pandang ialah penubuhan negara Islam yang pertama, iaitu Madinah al-Munawwarah. Terdapat mesej penting yang cuba disampaikan oleh Rasulullah saw di sini, iaitu untuk Islam tertegak perlu kepada kekuasaan kerana dengan kekuasaan kita mampu untuk menjalankan gerak kerja amar makruf nahi mungkar.

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Barang siapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah dia merubahnya dengan tangannya. Apabila tidak mampu maka hendaknya dengan lisannya. Dan apabila tidak mampu lagi maka dengan hatinya, sesungguhnya itulah selemah-lemah iman.’.” (HR. Muslim)


Bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad saw, maka kita perlu berusaha untuk memastikan Islam akan tertegak dengan hebatnya di atas muka bumi ini, bagi memastikan keseimbangan dan keharmonian umat manusia. Mungkin banyak pihak mengatakan bahawa Islam sudah tidak relevan lagi. Ulama' sudah tidak mampu mengendalikan pemerintahan negara dan banyak tohmahan lain tanpa bukti serta asas yang kukuh dan nyata.

Mungkin kita lupa bahawa suatu ketika dahulu, Islam pernah berada di ambang kegemilangan dan keemasannya bila mana pemerintah yang memerintah adalah alim dengan hukum-hukum Islam serta perlembagaan yang digunakan adalah kalam Allah taala, yakni Al-Quran al-karim.

Maka, apa kita tunggu lagi? Ayuh kita lakukan penghijrahan dalam diri kita. Tegakkan Islam yang sebenar-benar Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita. Gemilangkan kembali Islam yang tercinta. Bersama kita lakukan anjakan paradigma.

Laksanakan manifestasi baiah kehidupan kita kepada Allah yang sering kita ucapkan 5 kali sehari. Ayuh, menuju ke puncak kejayaan...