Monday, December 12, 2011

Curfew oh Curfew


Alhamdulillah, baru je siap print poster untuk presentation. Pastu, siapkan kira-kira untuk projek OM. Syukur ya Allah. Kau berikan aku masa dan permudahkan gerak kerja aku.

Dalam masa yang sama, sibuk menjawab persoalan-persoalan sahabat2 dan adik2 di UTP berkenaan dengan


Aku pun tak tau sapa yang mulakan citer pasal curfew ni. Yang aku tau, lepas perbincangan dengan pihak pengurusan UTP, kami melihat bahawa ada budaya baru yang tak berapa nak comel mula berlaku di UTP. I am really worried regarding this matter. Mana taknya, sebagai pemimpin pelajar di sini, takkan nak biarkan kemungkaran berlaku berleluasa kan? Nabi saw dah pernah pesan,

"Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra' in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"

All of you are guardians (in trust of something or someone) and
are accountable for your flock [The guardianship of our soul is what we are most responsible for. It as been given to us as trust (imanat) Also, we are a shepard for other people and responsible for those under our guidance. ]

Takkan nak biarkan sahaja. Kena bakar nnt dalam neraka Allah nanti.


Nauzubillah. Astaghfirullah, Ya Allah, ampunkan dosa aku sepanjang aku memegang tampuk kepimpinan di UTP ni.

Pelaksanaan perkara ni akan dibincangkan akan datang secara bersama antara MPPUTP, Rakan Masjid dan RCSU. Kita akan lihat perkara ni secara menyeluruh. Seperti yang dikatakan sebelum ni, kita nak kawal keadaan dalam UTP. Kita bukan nak sekat kebebasan masyarakat kampus. Insyaallah, akses keluar masuk kampus akan seperti biasa. Pandai-pandailah jaga diri dan maruah masing-masing. Terutama kepada perempuan. Tolonglah, jaga sangat2 diri tu. Tau dah kan yang lelaki sekarang tak boleh dipercayai. Sok, kenapa nak bagi peluang laki ambil kesempatan. Come ar.

Diharap lepas ni, tolonglah jaga baik2 perhubungan sesama kita. Maaflah, gejala ni nampak lebih dahsyat dan ketara berlaku di kalangan junior. Yang mana sebelum ni, budaya seperti ni tak berlaku. Ingat, yang masuk UTP ni adalah orang-orang yang cemerlang. Jangan cemari bumi bertuah dan mulia ini dengan kerja maksiat kita.

Yang terakhir, ingatlah. Hidup kita atas dunia ni sementara sahaja. Pengakhiran nanti, syurga atau neraka. Janganlah kita mendekatkan diri kita dengan kebinasaan. Jagalah diri sebaiknya. I am doing my part by advising you guys. It is now depend on you to take it or leave it.

Apa pun, I love UTP so much. That is why I am concerned about all of us.








1 comment:

~izzati amri~ said...

just be strong and perseverance in doing this.

it's normal if nak buat/ implement good things, akan ade yg bising2, although benda yg nak di implement tu more goods than bad.