Sunday, September 12, 2010

Aidilfitri 1431 Hijrah

Salam aidilfitri,

hurm...dah raya ketiga, barulah dapat meringankan tangan utk update blog ni...alhamdulillah, setelah sebulan puasa, Allah memberi ruang utk kita meraikan kemenangan bagi semua umat Islam...

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAH AL-HAMDU...

Raya tahun ni, Along n family balik ke Peghok (Perak). ate, ghaye sane pule dema. yang ada tahun ni, angah dan keluarga. seronok sangat rasa bila dapat jumpa dengan anak saudara yang dicintai, Mirza Uzayr...



dan ni pulak gambar family, terkecuali gambar along sekeluarga yang sedang menyambut aidilfitri di Perak...





"Antara fadilat sembahyang tengah malam pada malam Hari Raya AidilFitri ialah pasti akan dimasukkan ke dalam syurga."
Nabi s.a.w. bersabda :

"Hiasilah Hari Raya kamu dengan (membanyakkan bacaan) takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (menyucikan Allah dari sifat-sifat kekurangan)."

Riwayat Atthabarani


jadi, syawal ini, di samping meraikan kemenangan, kita juga harus mengisi kemenangan ini sebaiknya. semoga, sebulan kita berada dalam universiti tarbiyyah yang disediakan Allah ini, akan menjadikan diri kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta yang lebih baik dan taat sehingga bisa mendapatkan redha-Nya....

Tuesday, September 7, 2010

Iklan Hari Raya TV3 : Suatu Kontroversi



salam perjuangan,

mungkin sahabat-sahabat semua dah menonton sendiri klip video ni.banyak respon dari pelbagai pihak yang nampaknya begitu concern dgn agenda di sebalik iklan ni.

antara komen yang diberikan, saya suka dan tertarik dengan komen seorang pimpinan muda PAS, iaitu Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi, berkenaan dgn isu ini. apa yang diulasnya ialah kegagalan utk stesyen TV3 memahami konsep 1Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita.

erm, bukan ingin mempertikaikan atau menyebelahi mana-mana pihak, tapi dalam keadaan sekarang, saya terfikir, kemana hilangnya mufti-mufti yang sebelum ini banyak memberikan komen, tentang isu2 politik, masjid, surau, Al-Quran, penggunaan kalimah Allah. sebelum ini, timbul sahaja isu, yang dianggap boleh menjejaskan PERPADUAN MELAYU dan ISLAM, terus disuarakan kebimbangan mereka. namun, apabila perkara seperti ini yang saya kira boleh MENYELEWENGKAN AKIDAH umat Islam timbul, kenapa mereka tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.kenyataan yang boleh memperjelas kedudukan sebenar, sejauh mana kesahihan bahawa iklan ini ada mengandungi elemen2 yg salah dan terpesong.bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tapi lebih utk memberi pendidikan supaya tiada golongan yg akan terkeliru dengan perkara ini dan supaya pihak yang tersilap tidak melakukan kesilapan yang sama.

peranan institusi agama islam patut lebih diperkuatkan bagi membanteras isu seperti ini, tanpa dilibatkan oleh pengaruh politik dari mana-mana pihak. sudah tiba masanya....

Sunday, September 5, 2010

PRU-13 : Bersediakah kita?

Salam 1Malaysia,

Ramadhan Kareem...hurm, nampaknya, bahang Pilihanraya Umum ke-13 telah mula menyengat lapisan epidermis kita semua. pelbagai isu yang telah diutarakan oleh kedua-dua barisan dan pakatan politik. tampaknya, pilihanraya kali ini, akan diwarnai dengan persaingan sengit di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Lantas, sebagai warganegara Malaysia yang baik, sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita untuk mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya akan datang? mungkin ramai yang tertanya-tanya, nk pilih yang mana satu ek? jadi, dengan ini mari kita lancarkan kempen, "Jom Kenali Bakal Kepimpinan : Sejarah, Strategi dan Siasah"

Untuk post kali ini, jom kita kenali dulu latar belakang kedua-dua kumpulan yang bertanding.

PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP)yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Pakatan ini telah diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.

Sebelum ini, ketiga-tiga parti ini pernah disatukan pada gelombang "Reformasi" pada tahun 1999 ekoran penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, pada tahun 2004, tampaknya BA, tak mampu untuk terus bergabung dan berpecah. Mengambil pengajaran dari peristiwa ini, Barisan Nasional pernah beranggapan bahawa Pakatan Rakyat akan mendapat nasib malang yang sama seperti Barisan Alternatif.

Namun, PRU-12 telah menunjukkan satu impak yang sangat berbeza dengan anggapan pimpinan BN. Pada bulan April 2010, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai gabungan ini menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.

Antara perkara yang menjadi ikrar oleh Pakatan Rakyat,mereka berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Namun begitu, ada 3 perkara yang nampaknya menjadi halangan utama di awal penubuhan pakatan ini iaitu,

1. Cabaran dari ideologi yang berbeza
2. Polemik negara Islam
3. Mendaftarkan Pakatan Rakyat

Tapi, situasi tampak berubah. Senario yang berlaku, memperlihatkan seolah-olah, 3 isu utama yang timbul di awal penubuhan pakatan ini, sudah menampakkan perkembangan positif daripada ketiga-tiga pihak yang menjadi dominan dalam pakatan ini.

Semoga Pakatan Rakyat akan lebih memahami satu dengan yang lain dalam menghadapi PRU 13 ini.

Baiklah, cukup dulu utk Pakatan Rakyat. kita beralih pada Barisan Nasional pula.

_____________________________________________________________________________________
BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia.

Namun, pada PRU-12 ia telah mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik.

Antara parti-parti politik yang bernaung di bawah BN,

- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
- Persatuan Cina Malaysia (MCA)
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
- Kongres India Se-Malaysia (MIC)
- Parti Progresif Rakyat (PPP)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)
- Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Antara parti yang menjadi dominan dalam BN ialah UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Jika kita lihat pada prestasi Barisan Nasional, kita boleh melihat kehebatan mereka dengan kejayaan mereka yang berjaya mempertahankan kedudukan sebagai barisan yang mendapat kepercayaan rakyat sejak turun-temurun. Antara strategi yang digunakan oleh BN, demi mendapatkan sokongan rakyat, adalah dengan menjaga kebajikan para penyokong dan pengundi mereka. Penguasaan media juga merupakan antara faktor penting yang menjadi tunjang kepada kemenangan BN dalam siri-siri pilihanraya yang pernah kita lalui.

Namun begitu, pasca PRU-12, menyaksikan perubahan secara mendadak yang berlaku dalam senario politik tanah air. Bagaimana kehendak rakyat yang sudah mula beralih arah kepada tunjang kepimpinan yang baru.

Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada kemerosotan penguasaan dalam kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRU 12 :

1. Pak Lah - kelemahan Pak Lah sebagai pemimpin
2. SPR - dgn bongkak menolak permintaan ramai utk menggunakan dakwat kekal serta menyatakan bahawa isu ini cukup kebudakan
3, Internet - penggunaan internet yg semakin meluas di kalangan golongan elit dan golongan muda
4. Tun Mahathir - membuat kenyatan untuk menolak pemimpin BN yang korup dan menyeleweng, ianya mempunyai pengaruh yang amat mendalam terhadap rakyat Malaysia
5. Hishamudin -gambar Hisham menjulung dan mencium keris dalam perhimpunan agung UMNO, ini jelas membuatkan ramai kaum Cina yang marah, dan insiden Abdul Aziz Kadir memberi amaran terhadap kaum Cina serta Khairy Jamaludin yang juga mengeluarkan amaran yang serupa. Kaum Cina dalam parti komponen juga marah tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa kerana UMNO ialah parti kelas satu dalam BN.
6. Kenaikan harga barang dan kesan inflasi
7. Kadar jenayah yang meningkat
8. Manifesto PR - mudah digarap ramai, lebih praktikal tanpa menyentuh isu-isu asas
9. Jemaah menteri dan ahli parlimen yang mempunyai skandal, korup, penyalahgunaan kuasa dan dibenci oleh rakyat
10. Anwar Ibrahim

(ehsan dari http://kerissilau.blogspot.com/2008/03/10-faktor-kekalahan-bn-dalam-pru12.html)


Siri-siri keretakan parti komponen BN juga sudah tidak mampu dibendung apabila kebanyakan dari perbalahan sesama ahli mendapat liputan meluas oleh media maya yang menjadi alternatif pada masyarakat sekarang. Diharap, pimpinan BN akan terus melakukan yang terbaik demi mengelakkan dari keretakan ini menjadi pecahan yang lebih dahsyat.

Moga dikurniakan apa-apa yang terbaik utk rakyat dalam PRU 13 yang akan datang.

_____________________________________________________________________________________

Namun begitu, senario sekarang tidak menampakkan kesan yang cenderung kepada kedua-dua pihak. Dengan isu kemelayuan yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, serta beberapa isu lain yang cuba dimainkan di peringkat nasional oleh kedua-dua pihak, nampaknya demam Pilihanraya Umum ke-13 sudah mula melanda.

Jadi, sebagai warganegara yang prihatin, jom kita daftar undi (bagi yang dah masuk 21 je). jadilah warganegara yang bijak.

insyaallah, jika diizinkan Allah, dan dengan kesempatan masa yang diberikan, kita akan sambung lagi diskusi kita.

wallahualam.

(sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional || http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Rakyat)

Saturday, September 4, 2010

Pandai Tapi Tidak Cerdik.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


salamunalaikum,

Ramadhan Kareem semua. Semoga dengan kehadiran ramadhan ini, akan menjadi satu titik permulaan kepada kita untuk melakukan satu anjakan paradigma bagi kita meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia, khususnya sebagai hamba kepada Sang Pencipta, Yang Maha Agung.

Belum pun habis ramadhan, tak masuk pun fasa ketiga bulan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan berita penangkapan pasangan yang sedang enak bermadu asmara ketika umat Islam yang lain, sibuk mendekatkan diri kepada Cinta Yang Agung. Lebih menyedihkan, yang tertangkap itu adalah pasangan yang terdiri daripada mahasiswa dan pelajar sekolah, yang merupakan tunjang kepimpinan dan masa depan negara yang tercinta.

Teringat, satu kata-kata hikmah dari seorang pimpinan agung dunia, Saiyidina Ali karamallahu wajhah,

"Jika kamu mahu melihat masa depan sesuatu negara, maka lihatlah pada generasi mudanya."

Persoalan di sini, jika inilah gambaran yang diberikan oleh golongan elit, harapan negara, dengan status sebagai 'Mahasiswa', apakah pantas untuk kita mengimpikan negara yang lebih hebat dari sekarang? Tercapaikah Wawasan 2020, yang pernah dilaungkan suatu ketika dahulu?

Mungkinkah suatu hari nanti, kedaulatan agama serta negara akan terancam dek perangai dan tindakan bodoh dari golongan-golongan elit seperti ini? Bagaimanakah integriti kepimpinan negara pada waktu itu, di saat golongan-golongan muda ini, yang menerajui kepimpinannya? Apakah jis dan intipati Islam akan terus diketepikan hingga datangnya azab Allah seperti yang pernah menimpa umat-umat terdahulu?


Sama-sama kita renungkan....