Thursday, December 16, 2010

Semakan daftar pemilih PRU 13 : Mahasiswa, bersediakah anda?

Salam,

Gendang Pilihanraya Umum ke-13 telah semakin kuat dipalu. Kita boleh melihat kepada pelbagai gimik-gimik politik yang sedang cuba dicanangkan dari kedua-dua belah kumpulan, Pakatan Rakyat dan juga Barisan Nasional. Namun, bukti yg jelas ketara bahawa PRU 13 sudah semakin hampir menjengah ke dalam kamus hidup kita apabila media-media elektronik negara sudah mula memainkan peranan mereka. Lihat dan perhatikan. Analisa segala perkara yang sedang mula ditunjukkan.

Jika media-media elektronik dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dalam melipat gandakan kempen-kempen mereka, Pakatan Rakyat juga tidak melepaskan peluang mereka dalam menguasai media-media alternatif yaang mutakhir ini berjaya menarik minat pengundi muda terutamanya dalam mengikuti perkembangan politik tanah air. Kajian PRU 12 menunjukkan bahawa media-media alternatif seperti blog, laman sosial dan lain-lain, banyak membantu Pakatan Rakyat dalam memenangi hati rakyat terutamanya golongan muda.

Isu yang sedang hangat diperkatakan, Ketuanan Melayu vs Ketuanan Islam, bakal menjadi perkara panas yang akan diperdebat oleh kedua-dua pakatan dan juga barisan. Namun, sejauh mana isu ini mampu menarik minat kita selaku mahasiswa dalam mengikuti senario politik tanah air? Apakah kita hanya mahu menumpukan perhatian khusus utk akademik semata dan tidak mempedulikan langsung keadaan masyarakat sekeliling kita?

Justeru, saya menyeru kepada semua, terutama golongan mahasiswa, bagi kita mencambahkan pemikiran dan cakna kita kepada situasi semasa tanah air, yang bisa menjadikan kita sebagai mahasiswa yang pandai serta bijaksana, dan matang dalam melayari kehidupan. Bukan seperti yang dilabelkan sesetengah pihak, mengatakan bahawa mahasiswa sekarang "mandom" dan tidak berdaya saing.

Ayuh berubah. Anjakkan diri kita ke paradigma yang lebih tinggi.

p/s : Semak daftar pemilih di sini, http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/daftar.aspx

No comments: