Tuesday, January 27, 2009

ceriTa TuaN dan HamBa...

Seorang yang amat-amat kaya, telah menghantar hamba-hambanya pergi belayar. Hamba-hamba itu dibekalkan tdgn modal yang mencukupi dan juga dibekalkan dengan peta dan kompas...Orang yang kaya itu mengatakan bahawa barang sesiapa yang bisa membawa pulang keuntungan akan diberikan ganjaran yang lebih hebat dari apa yang mereka ada pada hari ini.Dan bagi sesiapa yang tersesat dan tidak mampu membawa sebarang keuntungan akan diberikan hukuman yang berat...Selain itu, tuan itu juga berpesan supaya tidak hilang fokus walau apa pun yang mereka temui...

Maka, berlepaslah semua hamba itu dengan menaiki kapal masing-masing...sedang dalam perjalanan itu, banyak rintangan yang menimpa..tibalah mereka ke sebuah pulau...subhanallah, indah sungguh pulau itu.di dalamnya, terdapat bnyk perkara2 yang mereka tak pernah temui sebelum ni...adanya parti dan hiburan, lelaki n perempuan yang cantik2. maka, ramailah hamba-hamba tadi yang terlupa tentang amanah yang diberikan pada mereka oleh tuan mereka itu...modal yang diberikan digunakan utk diri sendiri...peta dan kompas ditinggalkan kerana menyangkakan bhw mereka akan kekal di situ...

Tanpa mereka sedari,tuan mereka tadi, telah pun menetapkan masa utk hamba-hamba itu td pulang...apabila tiba masa, tuan itu menyuruh orang suruhannya pergi mencari hamba itu dan membawanya pulang bagi melihat keuntungan yang berjaya dibawanya...sedang asyik dan leka dalam pulau yang indah itu, datanglah org2 suruhan itu tadi utk membawa hamba itu pulang kembali ke tempat asalnya....ramai yang terkedu, terkejut dan menyesal kerana tak sempat menggunakan masa yang ada utk berniaga..namun, masih ada yang tak sabar2 utk pulang kerana berjaya menempuhi dugaan itu dan menjalankan perniagaan itu dgn baik....maka pulanglah hamba-hamba ini, dlm keadaan yg rela dan ramai juga yang dibawa balik dgn kekerasan....

Mereka diletakkan di suatu tempat menunggu...sementara menunggu semua orang dijemput pulang...tiba-tiba, mereka mendapat berita bahawa pulau yang indah itu tadi, telah pun musnah dgn dahsyat sekali dan hancur sampai takde pape yang tinggal pun....

kini, tibalah masanya mereka bertemu dgn tuan mereka.segala keuntungan atau kerugian telah dikira dengan baik...bagi mereka yang mendapat keuntungan, mereka diberi kebebasan dan ganjaran yang tak terucap dgn kate2...dan bagi yang leka tadi, mereka terus dimasukkan dalam penjara dan dihukum dgn seberat-beratnya....buat selama-lamanya....

Ikhwan dan akhawat semua, cuba kita kaitkan cerita ini dgn kehidupan kita...saudagar yang amat kaya itu adalah Allau, Tuhan sekelian alam...hamba-hamba itu adalah kita, manusia....modal yang diberikan itu ialah akal fikiran kita...peta dan kompas itu pula ialah al-quran dan as-sunnah....yang jika berpegang pada keduanya dengan teguh, takkan kita sesat....pulau yang indah itu pula ialah dunia ini..orang suruhan itu ialah malaikat maut...jangka masa yang diberikan itu ialah hayat kita...keuntungan itu ialah pahala dan kerugian itu pula ialah dosa kita....

renungkan sedalam-dalamnya....dunia ini hanya sementara...ingatlah, sampai satu saat kita akan mati...jangan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang menyesal....biarlah kita menangis di dunia ini, jgn kita menangis di akhirat nnt..tak berguna langsung......sedarlah....menangislah dan bertaubatlah dengan segala dosa n maksiat yg pernah kita lakukan.....

1 comment:

dr nur zahidah hosman said...
This comment has been removed by the author.