Sunday, September 5, 2010

PRU-13 : Bersediakah kita?

Salam 1Malaysia,

Ramadhan Kareem...hurm, nampaknya, bahang Pilihanraya Umum ke-13 telah mula menyengat lapisan epidermis kita semua. pelbagai isu yang telah diutarakan oleh kedua-dua barisan dan pakatan politik. tampaknya, pilihanraya kali ini, akan diwarnai dengan persaingan sengit di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Lantas, sebagai warganegara Malaysia yang baik, sudahkah kita laksanakan tanggungjawab kita untuk mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya akan datang? mungkin ramai yang tertanya-tanya, nk pilih yang mana satu ek? jadi, dengan ini mari kita lancarkan kempen, "Jom Kenali Bakal Kepimpinan : Sejarah, Strategi dan Siasah"

Untuk post kali ini, jom kita kenali dulu latar belakang kedua-dua kumpulan yang bertanding.

PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat merupakan satu perikatan baru parti-parti politik Malaysia. Perikatan ini terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia serta Parti Tindakan Demokratik (PKR-PAS-DAP)yang merupakan pihak pembangkang dalam Parlimen Malaysia. Pakatan ini telah diumumkan pada 1 April 2008 berikutan mesyuarat antara pihak ketiga-tiga parti di Petaling Jaya.

Sebelum ini, ketiga-tiga parti ini pernah disatukan pada gelombang "Reformasi" pada tahun 1999 ekoran penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, pada tahun 2004, tampaknya BA, tak mampu untuk terus bergabung dan berpecah. Mengambil pengajaran dari peristiwa ini, Barisan Nasional pernah beranggapan bahawa Pakatan Rakyat akan mendapat nasib malang yang sama seperti Barisan Alternatif.

Namun, PRU-12 telah menunjukkan satu impak yang sangat berbeza dengan anggapan pimpinan BN. Pada bulan April 2010, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah menyertai gabungan ini menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.

Antara perkara yang menjadi ikrar oleh Pakatan Rakyat,mereka berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira kaum seperti yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Namun begitu, ada 3 perkara yang nampaknya menjadi halangan utama di awal penubuhan pakatan ini iaitu,

1. Cabaran dari ideologi yang berbeza
2. Polemik negara Islam
3. Mendaftarkan Pakatan Rakyat

Tapi, situasi tampak berubah. Senario yang berlaku, memperlihatkan seolah-olah, 3 isu utama yang timbul di awal penubuhan pakatan ini, sudah menampakkan perkembangan positif daripada ketiga-tiga pihak yang menjadi dominan dalam pakatan ini.

Semoga Pakatan Rakyat akan lebih memahami satu dengan yang lain dalam menghadapi PRU 13 ini.

Baiklah, cukup dulu utk Pakatan Rakyat. kita beralih pada Barisan Nasional pula.

_____________________________________________________________________________________
BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional (BN) merupakan parti campuran utama di Malaysia. Ia dibentuk pada 1973 sebagai pengganti kepada Parti Perikatan, ia meneruskan pemerintahannya tanpa diganggu (termasuk era Perikatan) sejak kemerdekaan. Ibu pejabat parti gabungan ini terletak di ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur. Parti gabungan ini sering mengungguli jumlah kerusi di setiap negeri di Malaysia.

Namun, pada PRU-12 ia telah mengalami penurunan yang drastik semasa Pilihan Raya Umum 2008 yang mana ia hanya memiliki majoriti bagi kerusi yang dimenangi ke atas 9 daripada 13 negeri, dengan pengecualian negeri Kelantan, Kedah, Penang, dan Selangor, kesemuanya jatuh ke tangan parti pembangkang. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di bawah kuasa pembangkang, yang diketuai oleh Parti Tindakan Demokratik.

Antara parti-parti politik yang bernaung di bawah BN,

- Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
- Persatuan Cina Malaysia (MCA)
- Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)
- Kongres India Se-Malaysia (MIC)
- Parti Progresif Rakyat (PPP)
- Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
- Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)
- Parti Bersatu Sabah (PBS)
- Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP)
- Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
- Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP)
- Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Antara parti yang menjadi dominan dalam BN ialah UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Jika kita lihat pada prestasi Barisan Nasional, kita boleh melihat kehebatan mereka dengan kejayaan mereka yang berjaya mempertahankan kedudukan sebagai barisan yang mendapat kepercayaan rakyat sejak turun-temurun. Antara strategi yang digunakan oleh BN, demi mendapatkan sokongan rakyat, adalah dengan menjaga kebajikan para penyokong dan pengundi mereka. Penguasaan media juga merupakan antara faktor penting yang menjadi tunjang kepada kemenangan BN dalam siri-siri pilihanraya yang pernah kita lalui.

Namun begitu, pasca PRU-12, menyaksikan perubahan secara mendadak yang berlaku dalam senario politik tanah air. Bagaimana kehendak rakyat yang sudah mula beralih arah kepada tunjang kepimpinan yang baru.

Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada kemerosotan penguasaan dalam kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRU 12 :

1. Pak Lah - kelemahan Pak Lah sebagai pemimpin
2. SPR - dgn bongkak menolak permintaan ramai utk menggunakan dakwat kekal serta menyatakan bahawa isu ini cukup kebudakan
3, Internet - penggunaan internet yg semakin meluas di kalangan golongan elit dan golongan muda
4. Tun Mahathir - membuat kenyatan untuk menolak pemimpin BN yang korup dan menyeleweng, ianya mempunyai pengaruh yang amat mendalam terhadap rakyat Malaysia
5. Hishamudin -gambar Hisham menjulung dan mencium keris dalam perhimpunan agung UMNO, ini jelas membuatkan ramai kaum Cina yang marah, dan insiden Abdul Aziz Kadir memberi amaran terhadap kaum Cina serta Khairy Jamaludin yang juga mengeluarkan amaran yang serupa. Kaum Cina dalam parti komponen juga marah tetapi mereka tidak boleh buat apa-apa kerana UMNO ialah parti kelas satu dalam BN.
6. Kenaikan harga barang dan kesan inflasi
7. Kadar jenayah yang meningkat
8. Manifesto PR - mudah digarap ramai, lebih praktikal tanpa menyentuh isu-isu asas
9. Jemaah menteri dan ahli parlimen yang mempunyai skandal, korup, penyalahgunaan kuasa dan dibenci oleh rakyat
10. Anwar Ibrahim

(ehsan dari http://kerissilau.blogspot.com/2008/03/10-faktor-kekalahan-bn-dalam-pru12.html)


Siri-siri keretakan parti komponen BN juga sudah tidak mampu dibendung apabila kebanyakan dari perbalahan sesama ahli mendapat liputan meluas oleh media maya yang menjadi alternatif pada masyarakat sekarang. Diharap, pimpinan BN akan terus melakukan yang terbaik demi mengelakkan dari keretakan ini menjadi pecahan yang lebih dahsyat.

Moga dikurniakan apa-apa yang terbaik utk rakyat dalam PRU 13 yang akan datang.

_____________________________________________________________________________________

Namun begitu, senario sekarang tidak menampakkan kesan yang cenderung kepada kedua-dua pihak. Dengan isu kemelayuan yang cuba dibangkitkan oleh UMNO, serta beberapa isu lain yang cuba dimainkan di peringkat nasional oleh kedua-dua pihak, nampaknya demam Pilihanraya Umum ke-13 sudah mula melanda.

Jadi, sebagai warganegara yang prihatin, jom kita daftar undi (bagi yang dah masuk 21 je). jadilah warganegara yang bijak.

insyaallah, jika diizinkan Allah, dan dengan kesempatan masa yang diberikan, kita akan sambung lagi diskusi kita.

wallahualam.

(sumber rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Barisan_Nasional || http://ms.wikipedia.org/wiki/Pakatan_Rakyat)

3 comments:

Amin Baek said...

salam

sudah 21,tp masih belum mendaftar..ahaha..abes kerja pn,da x smpt p daftr..

kenalah tnggu khamis depan..

btw,
rasanya media utama untuk PRU13 nanti,pastinya shift to internet..spt mana PRU12,PR menguasai laman maya dan BN br shj bertatih nak belajar buat blog.

Dan kini,pasti bertambah2 peperangan di internet kelak..huhu...

nice elaboration..

Hamzah Bin Nawawi said...

no hal bro...camne intern? ok x?

Fareast Al Muhandisu said...

blog war...