Saturday, September 4, 2010

Pandai Tapi Tidak Cerdik.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


salamunalaikum,

Ramadhan Kareem semua. Semoga dengan kehadiran ramadhan ini, akan menjadi satu titik permulaan kepada kita untuk melakukan satu anjakan paradigma bagi kita meneruskan kehidupan sebagai seorang manusia, khususnya sebagai hamba kepada Sang Pencipta, Yang Maha Agung.

Belum pun habis ramadhan, tak masuk pun fasa ketiga bulan yang mulia ini, kita dikejutkan dengan berita penangkapan pasangan yang sedang enak bermadu asmara ketika umat Islam yang lain, sibuk mendekatkan diri kepada Cinta Yang Agung. Lebih menyedihkan, yang tertangkap itu adalah pasangan yang terdiri daripada mahasiswa dan pelajar sekolah, yang merupakan tunjang kepimpinan dan masa depan negara yang tercinta.

Teringat, satu kata-kata hikmah dari seorang pimpinan agung dunia, Saiyidina Ali karamallahu wajhah,

"Jika kamu mahu melihat masa depan sesuatu negara, maka lihatlah pada generasi mudanya."

Persoalan di sini, jika inilah gambaran yang diberikan oleh golongan elit, harapan negara, dengan status sebagai 'Mahasiswa', apakah pantas untuk kita mengimpikan negara yang lebih hebat dari sekarang? Tercapaikah Wawasan 2020, yang pernah dilaungkan suatu ketika dahulu?

Mungkinkah suatu hari nanti, kedaulatan agama serta negara akan terancam dek perangai dan tindakan bodoh dari golongan-golongan elit seperti ini? Bagaimanakah integriti kepimpinan negara pada waktu itu, di saat golongan-golongan muda ini, yang menerajui kepimpinannya? Apakah jis dan intipati Islam akan terus diketepikan hingga datangnya azab Allah seperti yang pernah menimpa umat-umat terdahulu?


Sama-sama kita renungkan....

No comments: