Friday, December 16, 2011

Antara KPOP dan Nabi Muhammad saw....



Salam Jumaat yang mulia,

Ari ni, aku nak pulak bawa kita semua berfikir dengan baik, tentang satu perkara ni. Berkenaan tajuk di atas.


Sekarang tengah hangat di pasaran, kes dua puak yang sedang acap bergaduh. Fan K-Pop dan AKPS (Anti K-Pop Se-Malaysia). Tergelak aku baca satu-satu post kat blog. Pastu, komen plak dekat shoutbox tu. Aku salute ar kepada Fan K-Pop ni. Memang semangat seyh. perform ar. Dan, most of them are our Malays and Muslims. Torbaik ar bang. Den tak kisah ar tentang perkara ni.

Simple and straight to my point. Yang aku kesalkan sekarang ni, satu ketika dulu, kita pernah gempar dengan kes orang kutuk dan hina Nabi saw. Orang caci nabi, lukis kartun nabi, tuduh nabi macam-macam. Aku harap, puak-puak ni pun antara orang yang memperjuangkan kembali nabi saw. yang lantang bersuara, kerana cintakan Nabi Muhammad saw.


Sebab aku risau, kalaulah untuk K-Pop ni kita sanggup bergaduh sesama agama kenapa tidak untuk Nabi saw, kita bermati-matian untuk kita pertahankan kekasih Allah. Nak ke dah mati nanti, di akhirat nanti, bila kita dibangkitkan, kita tengok umat Islam lain dibangkitkan bersama Nabi Muhammad saw, mendapat syafaat nabi. Tapi, kita pula, ada kat belakang artis-artis K-Pop. Yang jelas2, mereka tu tak mampu pun nak bagi syafaat kepada kita. Bawa kita masuk neraka adalah.

Justeru, aku serulah semua muslim yang baca post aku ni. Andai anda ni peminat fanatik K-Pop, berjuang berhabisan utk mereka, janganlah pula kedekut untuk berjuang demi Nabi Muhammad saw. Tegakkan kembali syiar Islam. Laksanakan kembali ajaran yang diturunkan Allah kepada Nabi saw. Jangan sampai satu tahap, utk KPOP kita sanggup bergaduh. Tapi untuk Rasulullah saw, kita buat tak tau je.

Peace yo...




1 comment:

Mohd Madzhir b Ibrahim (mudu) said...

Betul bro. skang ramai sgt fanatik kpop. aku pon tak paham naper. tapi awek dier mmg cun ar. tapi thats not the point.hahaha