Saturday, April 21, 2012

Cakap dan rasa ujub

Tatkala malam kian berlabuh menghampiri hening subuh, aku baru selesai berbicara dengan seorang sahabat yang baru melatih diri untuk yakin dengan setiap janji Allah. Alhamdulillah, keep it up. Insyaallah, hidayah itu tidak datang bergolek. Ia perlu dicari. Bukan manusia yang bernama Hidayah, tapi petunjuk daripada Allah.

Sedap bagi nasihat kat orang. Tapi terkadang, kita akan diuji Allah dalam masa yang sama. Dengan rasa ujub dan takbur. Seolah-olah, kitalah orang yang paling hebat, dah banyak berubah dan macam-macam lagi. Tapi, kalau tak cakap, lagi susah. Sebab bila mana takut melakukan kebaikan sebab kita takut riak, itulah riak yang sebenar. 


Erm, moga apa yang kita bualkan sebentar tadi akan memberikan kebaikan kepada kita secara khususnya dan dunia Islam secara umumnya. Bukan mudah nak buat baik. Sebab pasti akan ada halangan yang akan menukarkan niat kita nanti. Tak percaya?


Inilah halangannya. Bukan fan club MU, jangan marah ye. Bila search devil (plus red kat depan ni yang keluar, hahaha). So, kena jaga hati dan paling penting jaga ibadah. Moga Allah berikan kekuatan untuk kita bersama membawa usaha dakwah ini. :)

Monday, April 9, 2012

PIPE : 2-15 April 2012

Salamunalaikum,

Currently, being in a two weeks induction course by PETRONAS. It might be long days to run but alhamdulillah, so far, I am doing good in this course. With another 90++ PETRONAS executives, we were being explained about PETRONAS and all things regarding this company.

Sometimes, it might be boring. But all the times, I enjoy. Hahaha. When we dealt with processionals, even our argument is challenging them, they will be listening to us. It is totally different than during my time in MPP. Proposing something to the government, brought out all the fact and figures, at last, being rejected even it was being elected by the members in our group that it should be presented. Yelah, that paperwork was against their need.

Luckily, I am done with all these stuffs. But, the real life will come and telling me about the truth in our life. Do pray that I will be istiqamah in this way that I had chosen. All for mardhatillah.

So, next week, I would start my life as technologist in PETRONAS Gas Berhad, Paka. Jadi orang Ganu le pah ni. Heee. All the best to everybody. Remember the ultimate goal of our live which is ALLAH...

Tuesday, February 7, 2012

Alhamdulillah, dapat placement...


Alhamdulillah, baru dimaklumkan tadi. Insyaallah, akan report duty 1 Mac ni...Alhamdulillah, kerja gak dengan PETRONAS...

Percaya dengan janji Allah. Muhammad, ayat 7. Ingat adik2 di kampus, bawalah risalah dakwah Islam sebaiknya. Insyaallah, Allah akan permudahkan segala urusan kita...

Friday, February 3, 2012

Lembu oh Rasuah




VS

Haisy, tak habis lagi rupanya isu ni. NFC (National Feedlot Company). Mula-mula isu lembu ni timbul, masa tu ada seorang sahaja "main actor" kes ini, iaitu pengerusinya sendiri, DrMohamad Salleh Ismail (suami Shahrizat). Tiba-tiba sekarang, muncul pula watak baru. Seorang ahli perniagaan, Shamsubahrin Ismail. Beliau mendakwa diarah meRASUAH polis oleh PENGERUSI NFC sendiri???


Beliau mendakwa dirinya dipaksa meRASUAH polis oleh suami Ketua Wanita UMNO. Semuanya untuk menutup skandal ini. Ini tak boleh jadi. Tindakan yang tegas perlu diambil. Tak kira siapa pun yang terlibat. Satu SURUHANJAYA siasatan khas perlu diwujudkan bagi menyiasat kes ini dengan terperinci.

Suruhanjaya Diraja Siasatan NFC

Kenapa? Sebab ini melibatkan duit rakyat. Yang kedua, negara kita ini, dah memang terkenal dengan indeks rasuah yang teruk. Dalam "The 2011 Bribe Payers Index".

"The 2011 Bribe Payers Index ranks 28 of the world’s largest economies according to the perceived likelihood of companies from these countries to pay bribes abroad. It is based on the views of business executives as captured by Transparency International’s 2011 Bribe Payers Survey."

Malaysia di tangga ke-15.

Apa??? Malaysia tersenarai???

Hurm, ini tak boleh dibiarkan. Suruhanjaya diraja untuk menyiasat isu NFC ini perlu diwujudkan. Ayuh, kami anak muda menggesa, supaya hak kami tidak diper"lembu"kan sesuka hati. NFC adalah hak rakyat. Siasatlah sebaik mungkin. Jangan menunggu siasatan di mahkamah Allah dilakukan nanti, baru nak menyesal.

Friday, December 16, 2011

Antara KPOP dan Nabi Muhammad saw....



Salam Jumaat yang mulia,

Ari ni, aku nak pulak bawa kita semua berfikir dengan baik, tentang satu perkara ni. Berkenaan tajuk di atas.


Sekarang tengah hangat di pasaran, kes dua puak yang sedang acap bergaduh. Fan K-Pop dan AKPS (Anti K-Pop Se-Malaysia). Tergelak aku baca satu-satu post kat blog. Pastu, komen plak dekat shoutbox tu. Aku salute ar kepada Fan K-Pop ni. Memang semangat seyh. perform ar. Dan, most of them are our Malays and Muslims. Torbaik ar bang. Den tak kisah ar tentang perkara ni.

Simple and straight to my point. Yang aku kesalkan sekarang ni, satu ketika dulu, kita pernah gempar dengan kes orang kutuk dan hina Nabi saw. Orang caci nabi, lukis kartun nabi, tuduh nabi macam-macam. Aku harap, puak-puak ni pun antara orang yang memperjuangkan kembali nabi saw. yang lantang bersuara, kerana cintakan Nabi Muhammad saw.


Sebab aku risau, kalaulah untuk K-Pop ni kita sanggup bergaduh sesama agama kenapa tidak untuk Nabi saw, kita bermati-matian untuk kita pertahankan kekasih Allah. Nak ke dah mati nanti, di akhirat nanti, bila kita dibangkitkan, kita tengok umat Islam lain dibangkitkan bersama Nabi Muhammad saw, mendapat syafaat nabi. Tapi, kita pula, ada kat belakang artis-artis K-Pop. Yang jelas2, mereka tu tak mampu pun nak bagi syafaat kepada kita. Bawa kita masuk neraka adalah.

Justeru, aku serulah semua muslim yang baca post aku ni. Andai anda ni peminat fanatik K-Pop, berjuang berhabisan utk mereka, janganlah pula kedekut untuk berjuang demi Nabi Muhammad saw. Tegakkan kembali syiar Islam. Laksanakan kembali ajaran yang diturunkan Allah kepada Nabi saw. Jangan sampai satu tahap, utk KPOP kita sanggup bergaduh. Tapi untuk Rasulullah saw, kita buat tak tau je.

Peace yo...




Monday, December 12, 2011

Curfew oh Curfew


Alhamdulillah, baru je siap print poster untuk presentation. Pastu, siapkan kira-kira untuk projek OM. Syukur ya Allah. Kau berikan aku masa dan permudahkan gerak kerja aku.

Dalam masa yang sama, sibuk menjawab persoalan-persoalan sahabat2 dan adik2 di UTP berkenaan dengan


Aku pun tak tau sapa yang mulakan citer pasal curfew ni. Yang aku tau, lepas perbincangan dengan pihak pengurusan UTP, kami melihat bahawa ada budaya baru yang tak berapa nak comel mula berlaku di UTP. I am really worried regarding this matter. Mana taknya, sebagai pemimpin pelajar di sini, takkan nak biarkan kemungkaran berlaku berleluasa kan? Nabi saw dah pernah pesan,

"Kullukum Ra'in Wa Kullu Ra' in Mas'ulun 'An Ra'iyyatihi"

All of you are guardians (in trust of something or someone) and
are accountable for your flock [The guardianship of our soul is what we are most responsible for. It as been given to us as trust (imanat) Also, we are a shepard for other people and responsible for those under our guidance. ]

Takkan nak biarkan sahaja. Kena bakar nnt dalam neraka Allah nanti.


Nauzubillah. Astaghfirullah, Ya Allah, ampunkan dosa aku sepanjang aku memegang tampuk kepimpinan di UTP ni.

Pelaksanaan perkara ni akan dibincangkan akan datang secara bersama antara MPPUTP, Rakan Masjid dan RCSU. Kita akan lihat perkara ni secara menyeluruh. Seperti yang dikatakan sebelum ni, kita nak kawal keadaan dalam UTP. Kita bukan nak sekat kebebasan masyarakat kampus. Insyaallah, akses keluar masuk kampus akan seperti biasa. Pandai-pandailah jaga diri dan maruah masing-masing. Terutama kepada perempuan. Tolonglah, jaga sangat2 diri tu. Tau dah kan yang lelaki sekarang tak boleh dipercayai. Sok, kenapa nak bagi peluang laki ambil kesempatan. Come ar.

Diharap lepas ni, tolonglah jaga baik2 perhubungan sesama kita. Maaflah, gejala ni nampak lebih dahsyat dan ketara berlaku di kalangan junior. Yang mana sebelum ni, budaya seperti ni tak berlaku. Ingat, yang masuk UTP ni adalah orang-orang yang cemerlang. Jangan cemari bumi bertuah dan mulia ini dengan kerja maksiat kita.

Yang terakhir, ingatlah. Hidup kita atas dunia ni sementara sahaja. Pengakhiran nanti, syurga atau neraka. Janganlah kita mendekatkan diri kita dengan kebinasaan. Jagalah diri sebaiknya. I am doing my part by advising you guys. It is now depend on you to take it or leave it.

Apa pun, I love UTP so much. That is why I am concerned about all of us.








Sunday, December 11, 2011

Ganbatte FYP 2


Tak sabar rasanya menunggu detik-detik untu bergraduasi. Hohoohohoho. 15 jan 2012, cukup 5 tahun belajar di UTP. Teringat masa mula-mula masuk UTP dulu, 13 Januari 2007. My first rummie, Frem....


Tu bukan yang nak aku kongsi kat sini. Yang nak aku kongsi sekarang ialah, cabaran sebelum bergraduasi. Boleh kata sekarang, kebanyakan coursemate aku, tengah pening kepala.


.....Semuanya gara-gara oleh......


Apa pun, semoga berjaya semua kawan-kawan yang dikasihi. Terutamanya kepada Faidhah, Mamat, Faris al-Muhandisu, Beliau, Nipi, Mayak, Sap Diah, Hisham SANG IMBA, Mus the Legend dan ramai lagi. Sorry geng tak dapek den nak sobut sorang2. Ghamai bonar.

Mungkin dalam kegilaan kita untuk menyiapkan FYP ni, jangan kita lupa tanggungjawab kita kepada pencipta kita, Allah. Insyaallah, kalau kita ingat kepada Allah, Allah akan lebih ingat kepada kita. Macam lirik lagu nasyid Raihan tu, Damba Cinta-Mu,

"Selangkahku kepada-Mu,
Seribu langkah Kau padaku."

Kan ke dalam solat kita, kita sering berdoa kepada Allah dalam kemuncak kehebatan surah Al-Fatihah itu sendiri. Dalam ayat yang kelima,

" Kepada-Mu kami sembah dan kepada-Mu kami meminta "

Maka, hayatilah lafaz kata doa kita dalam bacaan al-Fatihah itu sendiri. Insyaallah, dalam keserabutan kita itu, pasti Allah akan memberikan ketenangan. Bukan ke Allah ada berfirman,

"Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
ar-raad : 28


All the best semua. Alles gute fuer unsere FYP. Selamat berjaya. Aku doakan kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin, Ya Allah.